Pages

27.3.10

CE Summit 2010 (1st Day)

CE Summit kembali lagi!! Untuk tahun 2010 pertama kalinya ia diadakan di luar office dan kami berpeluang berseminar di Kelab Golf Negara Subang selama 2 hari iaitu 27hb - 28hb Mac 2010. Time CE Summit ini lah semua engineer-engineer dari region mahupun central (KL./Sel) akan bersua muka dan masa ini akan dimanfaatkan untuk memberi info dan maklumat yang relevan kepada mereka.




Hari pertama jadual lari sedikit dari jadual, sepatutnya mula pukul 9 pagi tapi pasal ramai yang datang lambat dekat 10.00 pagi baru nak mula.. ish fail betul time management mereka. tengok dah lambat pun masih lagi jalan lengang kangkung..huh!






Sebelum masuk dewan seminar, semua orang kena register diri dulu di kaunter pendaftaran then setiap sorang akan dapat sehelai baju yang cantik dan sebuah buku nota yang disponsor oleh "JUNIPER". Thanks to them!!






MC untuk event pada kedua-dua hari tersebut





Mamat ini pula mengetuai doa pembuka dan penutup majlis





Jom jeling para Customer-Customer Engineer sekalian bersidang mendengar mandat dan wasiat dari para-para presenter pada hari pertama ini. Begitu fokus sekali..



















Tadaa..mereka berdua ini kena pisahkan dan cantumkan semula besi yang diberikan kepada mereka. Yang pakai baju putih tu dapat pisahkan tapi nak cantumkan balik tak dapat-dapat. yang baju biru lagi la kelakar langsung tak dapat..dapat gelak jela..haha! Tapi dua-dua dapat RM. RM note merah RM10. Apa pun kesimpulan dari TRICK ini adalah jika kita lost or info tak details. jangan malu jangan segan cari alternatif untuk dapatkan bantuan yang mereka yang relevan! Jangan malu bertanya PAK.
















Pada sessi ini kami ini diberikan sebiji kentang dan sebatang straw dan diminta untuk membuatkan straw tu "TEMBUS" biji kentang tersebut. WOW..macam mustahil sahaja, melopong mulut masing-masing dok pikir..tangan pun dok tekan-tekan straw tu..hahaha








tapi ada orang berjaya buat memang tembus..terrer la tu ..memasing dok ingat dier cucuk pensil kat kentang tu..sebab aku pun dok melopong dok tengok kentang yang tembus tu terlupa nak snap picture kentang tu jadik tunjuk jela orangnyer..



Lepas habis sessi presentation lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami semua bergerak ke Restoran Tasik Idaman Bangi untuk Dinner. Mana yang tak tahu jalan tu akan konvoi tapi ada jugak yang sesat jugak dua tiga kali . Nasib baik la korang sampai ye kalu tak rugi ko malam tu. makan kat restoran terapung buat aku pening lalat jap sebab bergerak-gerak masa nak makan. tapi ok la boleh control lagi...Jom kita santap..