Pages

2.6.10

Kerana Teknologi Kau Kantoi.

Tersebutlah alkisah disuatu hari, A (bukan nama sebenar) telah "offer" rakannya B (bukan nama sebenar) menjadi "tukang gambar tak rasmi" di hari bersejarahnya.. B menyatakan persetujuan memandangkan ia tidak mempunyai apa-apa perancangan pada hari berkenaan. Yes, A happylah sebab B nie pandailah jugak bab-bab photographer ini walaupun masih setahun jagung so dengan harapan dengan adanya si B dapatlah memori terindah di abadikan di lensa camera dengan jayanya!!
Tetapi....Plan yang dirancang tergendala kerana si B perlu pulang ke kampungnya di selatan tanahair kerana ada urusan keluarga. Lagipun adik si B baru sahaja lepas accident so A tak kisahlah walaupun dimaklumkan last minute. Masih ada alternatif lain boleh digunakan..
Dan tanpa diduga , Kebenaran terbukti semalam. rupa-rupanya si B bukanlah pulang ke kampung seperti yang diberitahu sebalik telah "holiday" di sebuah pulau di nun di pantai timur bersama rakan-rakannya. . Member si B telah "mengtagged " gambar percutian mereka di sana, lengkap tarikh dan lokasi maka kekantoian sudah terjadi disitu!!
Kantoi sudah!! terima kasih kepada encik FB kerana teknologi anda telah membantu dan berjasa kepada si A.
si A sudah sentap di situ kerana B sudah tipu sama dia. Tak baik tau tipu rakan sendiri. tidaklah menjadi isu pun jika si B terus-terang sahaja tujuannya yang sebenarnya.. ini boleh tipu cakap balik kg tapi rupanya melencong ke tempat lain..So di sini sudah tahu "true colour" si B.. tak boleh percaya!!

nota LK : cite ini bukan rekaan semata-mata. jadilah seorang manusia yang jujur kepada rakan korang. bukan susah pun nak berkata benar!