Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :
1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
4. Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)
5. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
Prosedur mengisi borang permohonan
- Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pemohon (bagi yang berumur 18 tahun ke atas) ketua keluarga / waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan (bawah umur 18 tahun)
- Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi setiap permohonan iaitu :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
- Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)
- Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb
- Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan (senarai dokumen mengikut jenis bantuan)
- Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru)
- Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat sokongan daripada Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau sahaja yang akan dipertimbangkan dan didaftarkan.
Borang Sokongan
Bantuan Umum Pelajaran
- Dokumen utama
- Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
- Salinan passport dan visa
- Salinan surat tawaran daripada IPTA / IPTS
- Surat pengesahan dari Pejabat Bendahari IPTA/IPTS yang menyatakan pelajar tidak mendapat bantuan dari mana-mana badan/agensi.
( Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) hendaklah memohon di pejabat universiti mereka sendiri )
Bantuan Tiket Pergi Balik
Pergi
- Dokumen utama
- Surat kebenaran cek kepada waris
- Tiket Bas
- Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar
Balik
- Dokumen utama
- Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar
- Tiket asal
- Salinan terjemahan keputusan peperiksaan (LULUS)
Source: Lembaga Zakat Selangor
P/s : Mungkin ada yang tidak menyedari adanya bantuan sebegini dari LZS. Pelajar-pelajar yang memerlukan jangan malu jangan segan.. pergilah memohon di Lembaga Zakat Selangor (refer syarat yang dinyatakan diatas). InsyaAllah ringan sedikit beban...