Pages

18.1.12

Kebakaran di KL Sentral

Pagi tadi me dapat tahu ada kebakaran berlaku di KL Sentral sebab one my friend sangkut dalam jem dekat bangsar so cari info di FB and forums tapi tak de any update ermmm....until me check balik ada dah info rupanya....








KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan dalam pembinaan di KL Sentral di sini, terbakar kira-kira jam 4 pagi tadi.

Kebakaran di bahagian atas membabitkan beberapa tingkat bangunan setinggi 29 tingkat itu mengakibatkan beberapa jalan utama berdekatan ditutup kepada laluan awam.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kira-kira jam 7.40 pagi.

Sehingga jam 8 pagi ini, pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan Jalan Tun Sambanthan juga belum dibuka kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.

Pihak berkuasa juga masih belum menerima laporan tentang sebarang kemalangan jiwa.




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat