Pages

10.1.12

Samsung Galaxy Bertukar Lesung Batu

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja swasta kecewa apabila tiga unit telefon bimbit bernilai RM3,250 di Internet namun yang diterima hanyalah sebiji ibu lesung, sehari selepas menjelaskan bayaran.


Mangsa, Mohd Ha­i-z­rul Hisham Muhammad Hashim, 30, berkata, dia membuat pembelian selepas melayari sebuah laman web selain tertarik dengan tawaran telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S berharga RM1,100 berbanding harga pasaran semasa, RM1,900.

“Saya beli tiga telefon bimbit pada 6 Disember lalu dan buat bayaran ke akaun milik seorang lelaki.

“Tetapi sehari selepas itu, saya terkejut apabila barang dalam bungkusan yang dihantar sebenarnya adalah ibu lesung,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.

Mohd Faizrul berkata, dia tidak berpuas hati selepas cuba menghubungi pemilik nombor telefon itu tetapi enggan dijawab dan mendapati syarikat itu tidak wujud.

Presiden TTPM, Quaik Ching Yu dalam penghakimannya menegaskan pihak menuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak selepas dapati ada masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.



KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.

“Penuntut perlu pilih satu pihak untuk fail tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat, manakala duit dimasukkan ke akaun peribadi individu, mereka akan saling menolak,” katanya.Mohd Haizrul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat itu dan meneruskan tuntutan terhadap pemilik akaun yang terima pembayaran.

Ching Yu mengarahkan lelaki yang terima bayaran itu memulangkan semula RM3,250 kepada Mohd Haizrul.



p/s :- Waduhh.. kesian betul nasib mamat nie.. so extra careful la ye if nak beli barang online . Carilah reputable seller yang diyakini atau buat urusniaga secara cash on delivery (COD) dan beware dengan tawaran yang tidak munasabah takut barang yang diterima adalah barang rosak/tiruan atau scams dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.



1 comment:

  1. isy2..mmg sian la die..

    sy slalu shopping on9 bli shawl & brg2 nk wat felt craft je, hehe..

    ReplyDelete

My HeartBeat