Sebenarnya tak sure nama tempat ini tapi sebab berhampiran UNITEN jadi agak-agak gitulah namanya..... tak kisahlah yang penting ia sentiasa menjadi pilihan ramai kerana pelbagai makanan boleh dibeli di sini antaranya murtabak, nasi campur, sup, mee dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan....pasti rambang mata :p
Seawal 11 pagi mereka akan memulakan jualan.....waktu nie dah pukul 6.15 petang ada peniaga yang kelihatan sedang berkemas....almaklumlah barang niaga untuk hari ini dah langsai.. masyukkk woo!!
Seawal 11 pagi mereka akan memulakan jualan.....waktu nie dah pukul 6.15 petang ada peniaga yang kelihatan sedang berkemas....almaklumlah barang niaga untuk hari ini dah langsai.. masyukkk woo!!
Tapi ada satu perkara tak syok nak tengok bila ada pengunjung pasar yang gemar parking kereta sesukati...main double parking, kalau boleh nak parking depan-depan gerai tak payah jalan jauh padahal banyak lagi spaces boleh park.. akibatnya jalan jadi sempit dan sesak.. alahai sikap manusia!