الحمد لله والصلاة والسلام علي النبي المصطفى محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Segala kesyukuran hanya kepada Allah ‘Azza wa Jalla, selawat dan salam untuk Nabi pilihan Muhammad, untuk keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekalian. Rasulullah solla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Sesiapa yang membukakan orang berpuasa maka dia mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahala orang berpuasa sedikit pun H.R. Tirmizi (807), Ibn Majah (1786), Ahmad (17033), Disahihkan oleh Sh. Albani dan dihasankan oleh Sh. Shuaib
Pengajaran:
1.Orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa akan mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa.
2. Pahala orang berpuasa tidak dikurangkan sedikit pun.
3. Untuk mendapatkan pahala yang lebih tinggi kerana menyediakan makanan berbuka hendaknya mencari orang-orang yang menjaga kualiti puasanya.
Akademi Tahfiz Ihya Ulum Wahyu, Meru, Klang membuka peluang berharga ini kepada sesiapa yang berhajat menaja makanan berbuka puasa bagi pelajar-pelajar tahfiz dan ustaz-ustaz tahfiz.
Bilangan pelajar dan ustaz 25 orang.
Untuk buka puasa diperlukan RM125/hari dan untuk sahur sebanyak RM125/hari.Sahur dan berbuka RM250/hari.
Rebut peluang ini dan segera hubungi:
Encik Shukheri Ab. Manaf (0192802114, BIT)
Razman Yahaya (0123736100,B.Jelutong), Pak Misbah (0193413212,Meru),
Hj Jahar (0192374821,S.Alam) Halim (0192184717,Andalas),
Sdr. Azmer (0122910861,Surau Al-Mawaddah)
Ust Abu Khadejah (0122051900,B.Beruntung), Ust Zulfakar (0196071577,T.Sri Muda)
atau terus bank in ke BIMB:12010010085705 "IUW Training Centre"
(harap maklumkan jumlah duit menerusi emel atau sms ke 0192374821)
*sumber dari my email*