Selepas beberapa perubahan tarikh dan tempat.. akhirnya diizinkan olehNya untuk me dan sahabat-sahabat yang sedang dan pernah berkhidmat di BIT berkumpul seperti yang dirancang.... macam reunion rupenya... Disinilah lokasi pilihan dan semua orang pertama kali menjejakkan kaki di sini.
Ceria jer masing-masing walaupun nampak sedikit keletihan. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka kan. Jom kita masuk lepak dalam kedai dulu.
Opss sebelum tu kita skodeng apakah menu yang bakal menjadi santapan berbuka puasa kami nanti. Actually setiap hari menunya berbeza dan akan diupdate di facebook . Cost untuk satu kepala adalah RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Amacam? berbaloi la kot.
Alhamdullilah, rezeki untuk hari ini. Sedikit je makan?? rileks in baru permulaan tak boleh gelojoh.. tak baik.