Pages

8.8.11

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya

Pengumuman dari Datuk Seri Najib ada bonus menanti semua kakitangan gomen dan pesara, untunglah you'all dapat bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500, tengah bulan dapatlah tu..masyukk!!. me tumpang seronok je lah dengar...harap-harap adalah BONUS dari company me raya nie :)


Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


p/s: Harap-harap tak der peniaga yang semena-mena naikkan harga barang hanya sebab bonus raya nie..