Pages

5.8.11

Ally Iskandar putus tunang

Berjangkit-berjangkit lak lepas khairul fahmi@ apex goalkeeper harimau malaya terbaru Ally Iskandar pula khabarnya dah putus tunang. Dah tak berjodohan nak buat camner..harap mereka-mereka bertabahlah.

tinggal kenangan

“Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.

“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.


Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.

“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.

Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.

Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.

“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.

Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.

Ketika diajukan soalan mengenai tindakan Nur Aisyah memuatkan kenyataan ‘I officially single’ (secara rasmi saya masih belum berpunya) di lama facebook, Ally menganggap perkara itu adalah hak peribadi bekas tunangnya. -harian metro