Pages

22.10.11

Hari Sabtu Yang Mendebarkan

Grrrrr... berdegup kencang jantung me dibuatnya nasib baik kereta kitaorang tak hentam kereta orang lain tadi. Mengigil-mengigil tangan dibuatnya. Alkisahnya me dan husband dari Puchong dalam perjalanan nak balik rumah. .Kitaorang nak ke arah Subang Jaya so maintain steadylah duduk lorong tengah. Lorong kanan memang jem bersusun-susun dengan kenderaan yang nak menghala ke arah IOI Mall dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Dengan tak semena-mena sebuah kancil dari arah kanan dengan TAK BAGI SIGNAL dan TAK PERHATIKAN JARAK terus memintas kereta kitaorang yang dah dekat. Apalagi husband me terpaksa brek mengejut sebab lagi sikit lagi nak langgar kereta kancil tu. Hampir ok hampir!!

Pinnnnnnn!!!Pinnnnnn!!! Terus husband me hon beberapa kali.. Gila ke apa main pangkah sesuka hati. Bayangkan kalu terlanggar tadi bukan ke menyusahkan kedua-dua pihak.. Ko tak sayang kan kereta ko tak pe la me tak peduli harta ko, tapi kitaorang sayang gila kereta kitaorang. Pehhh darah memang menyirap tengok perangai manusia yang tak reti nak bersabar langsung. Penat je orang pasang signal tapi ko tak gunakan buat perhiasan je kot. Lepas tu ikut sesuka hati main masuk lorong orang lain.

Hai dan dan pandai pulak dia pecut laju tapi husband kejar sebab geram sangat tengok attitude pemandu kancil turbo tu. Sampai kat tol me sempat snap Kancil Sesengal ni buat kenangan hari sabtu yang mendebarkan. Pleaselah jangan pasal kecuaian ko orang lain jadi mangsa. Pandu Cermat Jiwa Selamat!


Alhamdullilah, sampai kat rumah dengan selamatnya.




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat