Pages

6.10.11

Sesucinya Hatimu

Tersentuh hati melihat anak kucing yang tak diketahui mana datangnya mengiau keseorangan tanpa kehadiran ibu disisi yang diletakkan sendirian di dalam box coklat. 2 kotak susu dibeli insan pemurah kelihatan di tepinya tapi mana mungkin anak kucing sekecil itu mampu menghirup sendiri air susu tersebut tanpa bantuan sesiapa.Mungkin keadaan sekeliling yang sejuk membuatkan ia berterusan meronta memberikan reaksi kurang selesa.


Namun keadaannya hari ini bertambah baik dan bersemangat apabila ada yang sudi membela hidupnya. Perasaan belas kasihan telah mendorong officemate me membawa pulang si comel ke rumah untuk diberi penjagaan yang sebaiknya. Tengok tu ada botol kecil special untuk si comel.


Wah, kemain selesa dok membuta didalam rumah sementaranya. Tak suka kalu ada orang mengaco.. siapla si comel marah :)



Baikkan hati dia. Terharu me bila ada insan yang sangat prihatin cam gini. Semoga Allah permudahkan rezeki dan perjalanan hidup Nona dan keluarga.. Amin.





1 comment:

  1. perghh aneh sungguh bila mention kak nonan yg memeliharenye...


    thumbs up :)

    comel sungguh,

    ReplyDelete

My HeartBeat