Sedar tak sedar ada perkara yang selama ini menjadi rutin seharian kita boleh memberi kesan yang kurang baik bukan sahaja kepada tubuh badan tapi turut dirasai oleh OTAK kita sendiri.
1. Tidak mengambil sarapan pagi
1st meal of the day, betapa pentingnya sarapan pagi nie sebelum memulakan sesuatu aktiviti di permulaan pagi hari. Kalau tak makan camner nak ada tenaga. Effectnya paras gula dalam darah menjadi rendah dan bekalan nutrisi kepada otak pun kurang tu lemau semacam.
2. Terlebih makan
Perut lapar, makanan depan mata nampak menarik memang alamat nya selagi perut tu muat memang nak sumbat semuanya. Bukan buruk je perangai tapi rupanya beri bebanan kepada pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental seseorang. Patutlah kalau makan banyak mesti rasa mengantuk lepas tu habis tersandar tak larat nak buat apa dah :p
3. Merokok
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Bak kata orang tak manis tak ummphhh, sekali kena diabetis payah nak kata apa. Dari satu sudut, ia bukan sahaja menganggu penyerapan protein dan nutrisi tetapi menyekat perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Tak seronok kan hidup dalam persekitaran yang kotor dan busuk..sangatlah tak selesa sama sekali. Dahlah menjejaskan keindahan alam, pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Bahaya tu ..
6. Terlebih tidur
Tidur itu satu memang satu kenikmatan.. setuju tak? Tapi berpada-padalah jangan pergi belasah membuta dari malam sampai ke petang esoknya. Tidur memang bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati... Agak-agak badan dan otak cukup rehat dah oklah.
7. Menutup muka ketika tidur
Fesyen setengah orang tido lekap bantal dekat muka....baru feel nak tido tapi issh tak lemas ke? Ketahuilah cara begini boleh mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Deadline menanti....keja beratur nak disettlekan tapi badan tak berapa nak sihat tengah demam..aduhai camne nak buat tahan kan aje, tetapi ketahuilah bekerja semasa kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Ambil cuti dan berehat di rumah supaya sakit cepat sembuh.
9. Kurang berimaginasi
Imaginasi benda yang positif jangan sampai berangan-angan perkara yang mustahil kerana ia satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir