Hujung minggu kalau takde aktiviti memang bosan tahap tepu dibuatnya. Nak ronda-ronda shoping kompleks dah naik jemu berapa puluh kali nak tengok benda sama aje :p. Apakata korang ronda-ronda sekitar Maeps Serdang pulak sebab sekarang tengah ada pameran kat sana. Hari ini last day. Me dah pergi semalam memang beshh sebab dapat makan Chocolate Free banyak kali.. hehehee!!
---------------------sedikit info--------------
Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi. MICCOS 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan diadakan dari 28 - 30 Oktober 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Dengan tema “Menjana Kekayaan Melalui Inovasi”, MICCOS 2011 akan mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu. Pameran ini akan disertai oleh para pengeluar, pengilang dan pengeksport utama, di samping Agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan promosi produk-produk tersebut.