Respons yang cukup baik dari 24 orang yang menyertai aktiviti kali ini. Sampai di sana pukul 8.45am, terus beli tiket masuk berharga RM3 seorang. Suprising ramai orang dah memenuhi kawasan sekitar dan semasa di tempat sewa basikal ramai sedangberatur panjang. Sebab kami dah book awal, kelebihannya tak perlu perlu beratur terus jer pergi ambil basikal. Kalau nak book boleh call this person encik Nas 019-2605331.
Harus testing dulu basikal yang disewa, takut ada problem tengah jalan payah nak patah balik tukar baru. Keselesaan juga harus dititikberatkan semasa menunggang.
Peta lokasi yang sangat penting kerana kawasan ini sangat luas so kena ada rujukan kemana destinasi nak dituju supaya tak sesat.
Kami yang FRUST sebab tak berjaya sampai ke MENARA CERAKAH. Jauh ke dalam rupanya lokasi dia. Skuad peninjau yang kitaorang hantar pun tak berjaya sampai ke dalam. Masing-masing terpaksa surrender sebab dah kepenatan dan ambik keputusan untuk payah balik.
Bergambar kenangan beramai-ramai di empangan yang cantik ini. Gambar yang harus ada gambar semua orang walaupun sekeping ..
Melepas lelah buat seketika sebelum balik. Perjalanan berbasikal selamat 4 jam memang menarik walaupun tak berjaya meneroka semua kawasan yang ada.. Rate berbasikal untuk jam pertama adalah RM5 dan jam seterusnya RM1 sahaja. Murah dan kami sangat enjoy walaupun keletihan yang tak terkata..