Pages

29.4.11

Di kala waktu rehat

Lagi sekali meronda ke Summit USJ time rehat tadi....tambahan pula waktu rehat yang agak panjang pada hari jumaat jadi me dan rakan-rakan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin :D. Jarang sebenarnya merayap time lunch, sesekali nak juga tukar angin kan.

Cari restoran yang ada menu nasi sebab semua dah kelaparan.. almaklumlah orang melayu tak jumpa nasi memang tak sah.. hehehhe.. kami berlima mengalas perut di Garden Cafe. Penah gak makan kat sini sekali dua bolehlah tahan cuma ada caj "service tax" dan "gomen tax". Ermm...standard cafe kan. Pilihan me adalah "Kong Fu Chicken Rice" dan "Orange Juice" sebagai santapan tengahari. Tak dapat nak share picture sebab terdelete lak..huhuh.

Lepas makan meronda keliling kedai-kedai kat dalam Summit ... plan asal ada sorang member opis nie nak cari inner putih alih-alih dia tak membeli apa, tapi orang lain lak yang lebih. Aiii sempat lagi masing-masing menyambar sehelai seluar, kemeja dan t-shirts.


me beli 2 helai T-shirt yang berharga RM28


Dah lama teringin nak beli benda alah nie.. asyik terbayang-bayang je dalam kepala... akhirnya dapat juga me memiliki "external hardisk" yang diimpi-impikan.. boleh upload gambar-gambar kat dalam ni nanti. Yang nie soh staff opis yang pergi lowyat belikan semasa beliau ke sana. Lepas nie tak der lah berterabur gambar me simpan sana sinun...