Pages

29.4.11

Pagi Jumaat

Bangun pagi hujan selebat-lebatnya turun.. Memang dugaan nak pergi kerja tapi nasib baik lah walaupun keluar sedikit lewat tapi traffic flow masih lagi lancar. Untuk yang naik motosikal ke tempat keje memang mencabar lah, kena lebih lagi hati-hati mengharung lopak-lopak air yang bergenang dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat ye.




Dengan suhu sejuk terasa nikmat betul jika dapat sambung tidur semula... Haih, kalaulah hari ini hari sabtu alamatnya selimut gerenti me tarik naik....muahaha. On the way nak pergi kerja, dengar Hot FM... mak ai penuh dengan lagu-lagu jiwang almaklumlah perkahwinan pewaris takhta diraja Britain Putera William dan pasangannya Kate Middleton akan berlangsung hari ini. Kalau nak saksikan secara LIVE boleh lihat di NTV7 3 petang-8 malam nanti.


Tidur itu nikmat tetapi jangan sampai terlebih tidur




Putera William dan Kate Middleton