Pages

16.4.11

Petsister Baru

Encik somi ada soh tanya dekat member-member opis kot ada yang nak bela rabbit sebab member dia nak let go rabbit. Rabbit ni asalnya untuk kajian, sekarang kajian settle jadi tak tau nak simpan mana, maka ada baiknya bagi kat sesiapa yang berminat. Tak sanggup dah nak keluarkan duit bayar pet house jaga, sehari die bayar RM5 seekor untuk makan dan penjagaan.. dia letak 8 ekor so boleh anggarlah berapa kempis poket member tu dibuatnya.
2 ekor rabbit baka White New Zealand yang bakal bertemu dengan Petsister yang baru. Berat seekor rabbit adalah 3kg. Macam kucing dah rupanya.. sangatlah montok dan besar :) Lagi 6 ekor dah dirembat orang lain.. laris sungguh!




Gaya stunt rabbit yang lama tak jumpa simen.. dah lama terkunci kat pet house cam ginilah aksinya apabila dikeluarkan dari kotak.. langsung tak lari mana pun.. dok pusing-pusing situ jer.



Petsister baru!! Tapi takut nak pegang rabbit camno tu... scary kot rabbit besar sangat.



Manja sungguh ye engkau rabbit dalam dakapan lelaki itu..hehehe biasalah rabbit kalau pandai handle tak hal punya..


Alhamdullilah kedua-dua rabbit betina tu dah jumpa petsister dan kediaman yang baru.. Harap lebih happy dan sihat ye rabbit :)



2 comments:

My HeartBeat