Pages

6.4.11

Sanggup tak korang?



CARDIFF, Wales - Lebih 1,000 orang beratur selama berjam-jam di luar kedai donut Krispy Kreme di sini hanya untuk menikmati donut percuma sempena pembukaan pertama cawangan kedai dari Amerika Syarikat itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak pengurusan kedai itu menyediakan 12,000 donut dalam tempoh 12 minit untuk memenuhi permintaan pelanggan baru-baru ini.

LEBIH 1,000 orang beratur di luar kedai donut Krispy Kreme di Cardiff, Wales baru-baru ini.KECIL: Bentuk donut Krispy Kreme.

Bilangan yang beratur itu dua kali ganda lebih ramai daripada orang ramai yang beratur untuk membeli komputer iPad di bandar raya ini pada minggu lalu. - Agensi


Kalau saya tak sangguplah nak beratur panjang lama-lama macam gambar kat atas, letih dibuatnya. Kat malaysia dah ada Donut Krispy Kreme ni tapi tak penah lagi try..Rasa lapar lak tengok donut-donut dibawah nie :)