Semasa berada di dalam kereta, pastikan handbag atau barang-barang persendirian anda yang penting disembunyikan dari penglihatan orang sekeliling. Janganlah suka-suka letak di riba kerana ia boleh dirembat oleh pencuri yang sedang memerhatikan tingkah laku anda. Letak dekat bawah seat pun boleh janji selamat.
Saksikan paparan video dibawah, kisah benar yang terjadi dalam malaysia juga. Cekap betul pencuri nie aim target dalam tengah-tengah jem. Perhatikan betul-betul bagaimana pembonceng motosikal menunggang ke arah target, memecahkan cermin penumpang kereta dan merampas barang dari penumpang kereta terbabit. Serius menakutkan jadi kawan-kawan tolong ye berhati-hati ambil langkah pencegahan sebelum terlambat.