Pages

5.2.12

Bukit Merah LakeTown Resort - Day 2

Semangat berkobar-kobar pada hari kedua kerana ada banyak aktiviti yang bakal diterokai......yabedabeduuu..... tak sabar nak enjoy the day!! Soal cari makan tak menjadi masalah kerana pakej include breakfast untuk 2 hari di sini.. Lunch boleh cari kat luar bersepah kedai/restoran.









Bayangkan betapa luasnya kawasan resort ini berdasarkan kepada peta dibawah..



Pilihan pakej yang ditawarkan...




Kami memilih Waterpark Combo yang berharga RM68 seorang. Ia meliputi aktiviti di waterpark, ecopark, orang utan island, skycycle atau chairlift so pilihan di tangan anda... Dapat free voucher air tin.


Kami akan bemula dari sini. Destinasi pertama ke Pulau Orang Utan. Tak jauh dalam 15 minit perjalanan sahaja.





Inilah pengangkutan kami ke sana :p



Jangan risau konsep 1st come 1st serve diamalkan disini takdelah berebut-rebut ke apa. Setiap perjalanan mengikut jadual waktu yang ditetapkan tapi lupa nak snap the schedule.




Hahahaha.. sebab kitaorang datang awal, maka dengan bangganya dapat seat depan sekali....suka sebab luas pemandangan you!








Hoorayy dah sampai. petugas di sana akan brief serba sedikit keadaan di sana dan kami berpeluang melihat orang-orang utan yang dipelihara dalam kawasan pulau ini.


Antara penghuni di Pulau Orang Utan. Teruja tengok gelagat mereka.






Bot akan menghantar penumpang ke Eco Park untuk destinasi seterusnya.


Memang best berpeluang masuk Eco Park sebab banyak binatang yang ada di sini antaranya ular, buaya, beruang, ayam, burung dan ikan. Tidak seluas zoo negara tapi bila dah ronda satu kawasan boleh tahan penat jugak..




















Keletah si burung kakak tua sangat mencuit hati penonton




Antara Skycycle


dan Chairlift mana satu nak try naik???


Naik Chairlift perlukan keberanian..walaupun nampak tak tinggi tapi orang yang takut pada ketinggian mungkin surrender.. Skycycle ini pusing-pusing area Eco Park jer sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil.. seronok pusing-pusing taman. Untungnya kalu naik Chairlift ia akan bawa kita terus ke Water Park area.. tak payah jalan jauh-jauh.



Dah sampai ke Water Park.. Masa untuk membasahkan badan dan berendam dalam air..