Weols ke hospital serdang tengahari tadi melawat officemate yang baru melahirkan baby sulung. Bayangkan dari hari jumaat last week dah kena admit tapi malam isnin pukul 11.15pm baru beranak.... Berdebar gak jantung kitaorang menunggu berita dari dia. Bila dapat sms inform kelahiran baby dia alhamdullilah lega dengar :)
Ala miss peluang nak lahir time Hari Malaysia but it's okey janji kedua-dua selamat dan sihat walafiat. Sempat hakak sebelah tu sharing tips berpantang dekat new mummy tu.
Baby perempuan seberat 2.2kg yang diberi nama Aina Raudah. Sweet nama!
OMG! Terserempak dengan geng sekolah dulu dekat kafeteria hospital. Nak buat treatment gigi katanya. Suka sangat sebab hari tu tak dapat nak pergi open house raya rumah dia. Alang-alang dia sorang ajak join group weols makan sekali.
Tahniah me ucapkan kepada rukijah dan suami. Tanggungjawab bertambah berat lepas nie.. hehehe. Hidup pun dah lebih ceria dengan kelahiran cahaya mata yang comel tu :)