Pages

6.9.12

Mencecah 20 minggu

Pejam celik, pejam celik dah masuk 20 minggu baby membesar dalam perut me. Alhamdulillah kita melangkah ke 2nd trimester pula. Perut pun dah semakin maju ke hadapan sampai ada seluar ada yang dah boleh diperam dalam almari. Ketat sudah :p

Kalau diikutkan tiga bulan pertama dulu waktu pagi, petang dan malam gerenti keluar masuk toilet tah berapa kali asyik nak muntah kerjanya, asal makan muntah. Nasi lagilah tak boleh makan gerenti keluar balik. Bila timbang berat hilang 5 kg you!

Gambaran progress baby yang sedang membesar dengan jayanya. Doktor check berat baby time nie dah 357gram, just nice katanya dan baby pun dah start menari dansa kat dalam tu :)

So far doc ada bagi beberapa ubat yang menjadi rutin seharian. Arrrghhh bosannya nak makan ubat hari-hari tapi untuk kesihatan me dan baby telankan ajer.


Obimin, Neurogain dan Kalsium


Vitamin dan ubat tambah darah

erkkkk....sadis kan tengok benda alah nie. Dahlah me jenis tak disiplin kurang mesti miss makan ubat tapi awal-awal husband dah warning kalau nak dengar dia membebel silakan tak makan ubat.. huwaaaa baik boss i follow..



No comments:

Post a Comment

My HeartBeat