Teringin nak join event nie sebab tertarik dengan hasrat suci murni pihak penganjur yang ingin membantu warga dunia di negara-negara mundur yang mengalami masalah kebuluran. Sedih kan bila tengok gambar budak-budak kecil yang kurus keding tinggal tulang kerana kekurangan zat makanan.
Tapi apakan daya me dalam keadaan berbadan dua nie gerenti tak larat punya so apa kata uols yang free tu bagi full support okey! Kitakan rakyat prihatin :)
Sedikit info untuk uols yang berminat untuk mendaftar.
Yuran penyertaan : RM25, dapat baju t mikrofiber ‘Be The Movement’ edisi terhad (akan diedarkan pada hari event), sijil penyertaan, kupon makanan
dan beg cenderahati
Tarikh tutup pendaftaran : 30 September 2012
Lokasi pendaftaran :
i) 4
outlet KFC (Sungei Wang Plaza, KL Sentral, KLCC dan Mid Valley Megamall)
ii) 6 outlet Pizza Hut di Lembah Klang (Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid, Subang
Parade, IOI Mall Puchong, One Utama dan Kajang)
iii) Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (F.T.A.A.A), Twenty First
Century Sports (M) Sdn Bhd, Wisma OCM. Grand Olympic Hotel, Jalan Hang Jebat
iv) Layari laman www.hooha.asia.