Pages

8.9.12

Ronda-ronda Open House Raya

Wow..wow, schedule yang padat untuk hari ini. Ramai kot yang ambil kesempatan untuk adakan rumah terbuka sampai melimpah-ruah kereta di jalan sampai sana sini jalan jem dibuatnya. Me sendiri pun menerima 5 jemputan rumah terbuka... ayokkk camner nie banyaknyer kalau boleh bila orang menjemput me cuba untuk memenuhi undangan tersebut..insyaAllah!

Siap buat discussion lagi tau mana destinasi yang kitaorang nak pergi untuk hari nie dan hasil persetujuan bersama Kota Damansara - Shah Alam - Puchong - Puncak Jalil - Seri Kembangan. Hambik kau larat ke tidak nie??

Pertamanya ke rumah member study me di Kota Damansara, paling dekat dengan rumah supaya cepat sampai dan cepat boleh ke rumah member lain. Kejar masa nak buat camner.




Lepas tu beraya ke rumah orang atasan Princess Fawa :p. Datang-datang je dah nampak muka-muka yang dikenali cantiklah gini, apalagi duduk meja bulat pot pet la kita sambil menikmati hidangan yang disediakan :) Me bukan boleh jumpa diaorang nie ada je hot topic nak sembang hehehhe.






Sepatutnya dalam plan nak ke rumah member dekat Puncak Jalil tapi keadaan perut yang dah padat membuatkan kitaorang skip ke sana. Sorry my dear friend Ainol, seriously tak larat nak ke rumah you walaupun tak dela jauh mana pun.

Nie dekat rumah pakcik di Puchong makan sikit tapi tersadainya kemain lama. Ikut hati nak jer landingkan diri dekat sofa ni tapi tahap keseganan maximum sangat sebab orang keluar masuk. Kenyang sangat uols time nie.



Last destinastion sebelum boleh menarik nafas lega. Terjumpa lak dengan officemate lama tapi diaorang lain department. Ingatkan amoi-amoi nie tempat lama rupanya dah lama resign yang lawaknye siap ingat me kerja lagi kat sana walhal me benti awal dulu dari diaorang.. aduyai :)


Yahooo, saat-saat paling dinantikan bila husband bagi green light nak balik, seronok memang seronok dapat makan makan yang bermacam jenis. Jumpa lagi member-member lama hapening giler, tapi bila datang letih dan ngantuk alamak memang surender la jawabnye.. jom pulang :)


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat